PERSAHABATAN
Persahabatan?ada apa dengan
persahabatan?persahabatan, kawan dan teman adalah membawa kata erti yang lain
juga amat penting kepada kita sebagai manusia yang normal. Untuk tajuk
persahabatan yang dipilih oleh saya sendiri ini, saya akan memberi contoh
perasaan yang dilalui oleh saya sendiri. Contoh tersebut adalah seperti
berikut:
…PERSAHABATAN…
Terima kasih sahabat kerana mengajar ku erti
sebuah persahabatan.Yang dahulunya aku
tidak terlalu mendalam tentangnya. Terima kasih sahabat kerana mengajarku
membuang tangis,bersama kita capai cita dan cinta. Sesungguhnya aku bahagia
bersama kalian.
Terima kasih sahabat kerana membuka
mataku mengenal dunia. Tidak akan ku kenali bumi ini tanpa kalian, tidak akan juga ku kenal diri ini tanpa hadirnya
kalian.
Untuk pengetahuan mu, aku terlalu tidak
pandai menjaga diri,aku keanak-anakkan tanpa kalian, meraba dalam terang,bagai tercari-cari cahaya
persahabatan yang pernah kita bina. Pernah juga aku mencari seorang sahabat seperti
kalian, namun ternyata tidak ada yang
bisa menandingi diri kalian seadannya. Kadang-kadang aku terasa takut menjalani
hidup sendiri,takut juga kalau-kalau kalian telah melupakan aku,telah membuang
jauh tali pershabatan kita.sememangnya aku tidak mahu kehilangan sahabat seperti
kalian.Jika diimbas kembali terlalu banyak memori indah yang kita bina, pernah
juga salah seorang dari kita mahu berundur dari ikatan suci ini,bukan berundur
kerana benci, tapi kerana naluri seorang sahabat yang membutuhkan lebih
perhatian dari perhatian sahabatnya yang lain. Aku tidak menyalahkannya,kerana
aku juga kadang-kadang punya perasaan begitu,takut bila di sisih, merasa diri
tidak berharga. Mungkin aku bijak berpura-pura kerana kalian telah menyuap aku
dengan banyak perkara. Kalian pengubat resah,kalian penawar pada rasa hati yang
pahit, sehingga suatu saat aku rasa begitu beruntung memilikki sahabat seperti
kalian. Tidak sanggup rasanya aku
membebani kalian dengan sedikit hal yang remeh. Wahai sahabat ketahuilah, aku
tak bisa sendiri,aku perlukan insan seperti kalian untuk bersama dengan ku
menuju hidup yang lebih bermakna. Apalah hidup ini tanpa kalian, semoga ikatan
persahabatan kita akan terus kekal utuh dan teguh.

-fren
4va 333837-
Ini adalah salah satu
picture semasa kiteorang mengikatkan untuk memperkukuhkan lagi hubungan
persahabatan yang telah terjalin.
Hargailah sahabat kita,
hargailah mereka yang menghargai kita, mereka yang bergelar sebagai sahabat
amat menyayangi kita,ya mungkin mereka tidak dapat menunjukkan kasih sayang
mereka pada zahirnya. Tapi pada hakikatnya mereka sayang kita seperti mereka
menyayangi kedua ibubapa mereka, kerana ibubapa mereka yang ke dua adalah kita
yag bergelar sebagai sahabat. Disini ingin saya nyatakan bahawa saya merindui
SNAFFY =)
Semua
tentang kita
Waktu terasa semakin
berlalu tingalkan cerita tentang kita,
Akan tiada lagi kini
tawamu untuk hapuskan semua sepi dihati,
Ada cerita tentang aku dan
dia dari kita bersama saat dulu kala,
Ada cerita tentang masa
yang indah saat kita berduka saat kita tertawa,
Teringat di saat kita
tertawa bersama ceritakan semua tentang kita,
Ada cerita tentang aku dan
dia dari kita bersama saat dulu kala,
Ada cerita tentang masa
yang indah saat kita berduka saat kita tertawa.
Sahabat…

Insan yang bergelar
sebagai sahabat adalah insan yang selalu berada disisi kita walaupun mereka
berada jauh di mata kita. Mereka lah yang selalu ada saat kita berduka dan saat
kita gembira, mereka lah yang menerangi hidup kita yang telah gelap, siapalah kita
tanpa mereka semua, mereka lah yang mengajar kita erti sebuah kehidupan yang
mendewasakan diri kita juga yang membuat kan kita berfikir secara lebih matang.
Jagalah persahabatan anda.
Makna
persahabatan
Apa yang kita amalami demi teman kadang-kadang melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang
indah. Persahabatan tidak terjalin secara optimis tetapi membutuhkan proses
yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikian lah sahabat menajamkan
sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka,
gembira-kesedihan, didengar-diabaikan,dibantu-ditolak, namun semua ini tidak
pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian. Seorang sahabat tidak akan
memnyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, namun kerana kasihnya
ia memberanikan diri menegur apa adanya.
Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman,
tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya ingin
berubah. Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari
kesetiaan, tetapi bukan saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki
motivasi mencari perhatian, pertolongan dan peryataan kasih dari orang lain,
tetapiia beriinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh
sahabatnya. Kerinduaan adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabat, kerana
tidak ada persahabatan yang di awali dengan sikap egoistis. Semua orang pasti
,membutuhkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga
yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Beberapa hal seringkali menjadi penghancur
persahabatan antaranya ialah:
1. Masalah bisnes (duit)
2. Sikap tidak terbuka
3. Hilang kepercayaan
4. Berubah perasaan antara
lawan jenis
5. Ketidaksetiaan.
Tetapi penghancur persahabatan ini telah berjaya
dipatahkan oleh sahabat-sahabat
yang teruji kesejatian motivasinya.
Erti Sahabat
Orang yang
rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat
Sesungguhnya
persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin
Kerana
sahabat mewakili suatu kekuatan
Sahabat yang
paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan
Hadiah yang
beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri
Bergaullah
dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu
Yang indah
itu pertemuan
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan.
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan.
Sahabat Sejati

‘Teman yang paling baik
adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar
kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik
terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik
terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim)
ALLAH
SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga
manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan
menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau
melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi
ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah
antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa,
warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang
bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama
lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih
bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya.”
Dalam
Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah
hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam
membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan
berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka
semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek
kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih
sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah
saw yang bermaksud:
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu
hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat
dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala
bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang
sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak
lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk
bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya
seperti berikut:
·
Jika engkau berbakti
kepadanya, dia akan melindungi kamu;
·
Jika engkau rapatkan
persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
·
Jika engkau memerlu
pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
·
Jika engkau menghulurkan
sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
·
Jika dia mendapat sesuatu
kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan
kamu;
·
Jika dia melihat sesuatu
yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
·
Jika engkau meminta
bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
·
Jika engkau berdiam diri
(kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
·
Jika datang sesuatu
bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
·
Jika engkau berkata
kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
·
Jika engkau merancangkan
sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
·
Jika kamu berdua
berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan
persahabatan;
·
Dia membantumu menunaikan
tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
·
Dia mendorongmu mencapai
kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai
remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih
kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau
tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
·
Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang
banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
·
Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau
hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan
jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
·
Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul
atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk
menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia
merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia
khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
·
Sahabat pemboros dan suka
hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran
dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan
dan pertunjukan yang melalaikan.
·
Sahabat yang membawamu
semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak
menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak
menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin
peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
2011
